Sunday 19 February 2017

Bestnye!!!Percutian Ke Jepun Bahagian 1


Assalamualaikum...

Dah lama jugak meninggalkan dunia blogging ni sejak bertukar tempat kerja dua tahun yang lepas. Adalah jugak singgah sekali sekala tapi tak aktif sangat. Tapi sekarang rasa hati nak kembali aktif berkongsi cerita dan pengalaman yang baru di tahun baru ni.


Saya nak mulakan dengan pengalaman berkunjung ke negara matahari terbit pada Oktober 2016 lepas. Walaupun cuma beberapa hari tapi inspirasi dari negara Asia Timur ini memang tak akan dapat saya lupakan. Bagi orang yang berpendapatan sederhana seperti saya, peluang berkunjung ke Jepun semestinya tidak akan dilepaskan.

Saya dan rakan-rakan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Antarabangsa Narita kira-kira pada pukul 1130 malam waktu tempatan. Perjalanan ke Jepun ini mengambil masa lebih kurang 6-7 jam.

Kami menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan  Malaysia Airlines System yang telah disediakan oleh syarikat. Kalau bajet mengizinkan, tak salah kalau guna penerbangan ini dan semestinya layanannya juga berbeza. Sekiranya nak bajet, penerbangan tambang murah boleh menjadi alternatif kepada anda.

Penerbangan ke Narita ini menyediakan juadah ala Jepun, wajib cuba dan rugilah kalau tak menikmati juadah mereka. Jangan risau makanan semuanya halal.

Bersambung....

No comments: