Sunday, 11 January 2015

Pak Nil Menjadi Pengacara E!News


Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil berpeluang mencuba menjadi pengacara program hiburan terkemuka E! News di samping Giuliana Rancic, Jason Kennedy dan Terrence Jenkins.

Pengalaman tersebut telah dimuat naik oleh pengacara Apa Kata Malaysia ini di laman Instagramnya.


Selain itu, Pak Nil turut dilihat ber’selfie’ bersama pengacara nombor satu Hollywood, Ryan Seacrest, selebriti terkenal Kim Kardashian dan berkesempatan mewawancara secara eksklusif penyanyi R&B Christina Milian.

Paling menarik, dalam satu sidang media di
sana, Pak Nil telah ditanya Giuliana "Mereka kata kamu adalah 'Ryan Secrest versi Malaysia'"

Dalam nada berseloroh, Pak Nil menjawab "Tak, Ryan adalah Aznil versi Amerika".

Baca selanjutnya di astroawani.com

No comments: