Thursday, 11 December 2014

Punca Gangguan Talian Internet




Entri sebelum ini,saya ada meluahkan rasa kecewa dengan talian internet yang perlahan dan putus-putus. Nampaknya punca masalah ini telah diperjelaskan dalam mynewshub.
"Jika anda dapati terdapat gangguan internet pada masa ini, jangan khuatir kerana anda tidak keseorangan.
Bagi pengguna Unifi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, prestasi kelajuan internet sememangnya tidak stabil dalam beberapa hari ini.
tm2
Menerusi laman akaun Twitter @TMConnects, mereka mengesahkan masalah tersebut serta mengatakan ia disebabkan pelayan DNS.
Masalah kesesakan DNS bermaksud ramai pengguna cuba untuk mengakses internet namun pada suatu sambungan yang terhad, sekaligus menyebabkan ia jadi perlahan berbanding biasa.
Ini bukanlah kali pertama TM menghadapi masalah sebegini kerana pada Julai lepas, mereka turut menghadapi masalah sama berkaitan DNS.
Selain masalah kesesakan berpunca dari DNS, TM juga sedang membaik pulih kabel internet dasar laut SMW4 yang menghubungkan sambungan internet dari Malaysia ke Eropah.
Proses baik pulih ini dijangka selesai hari ini dan pelanggan Streamyx turut terkesan disebabkan olehnya.
tm3
Bagi yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang, adakah anda menghadapi masalah sebegini? Sekiranya ada, salurkan pertanyaan kepada @TMCOnnects."

Jadi kenalah bersabar untuk beberapa hari lagi. Laporan tersebut untuk pengguna di Selangor dan Lembah Klang. Bagi saya di Sarawak ini pun berdepan masalah yang sama. Harapan saya, pihak Telekom Malaysia dapat menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera.

No comments: