Saturday, 13 December 2014

Post Perlawanan Malaysia-Vietnam Bahagian 2



Pada entri Post Perlawanan Malaysia-Vietnam Bahagian 1, saya telah mengulas tiga gol yang masing-masing dua milik Malaysia dan satu milik Vietnam.

Namun begitu, Stadium My Dinh di Hanoi yang berkapasiti lebih 50 ribu penonton dikejutkan dengan gol ketiga Malaysia.


Malaysia sekali lagi membuat gerakan yang sama seperti jaringan kedua negara iaitu hantaran jauh dari kawasan sendiri. Hantaran yang mencari Indra yang melepasi perangkap offside pasukan Vietnam.

Hantaran silang Indra yang mencari Amri tertampan oleh Dinh Tien Thanh ke gawang sendiri pada minit ke 28.

Vietnam lebih banyak kehilangan bola dan terus dikuasai oleh pemain negara. Permainan Vietnam seakan-akan kurang sengat dan itu agak menghairankan saya.

Gerakan tengah mereka mudah dipatahkan.

Gol keempat Malaysia hadir menerusi sepakan penjuru yang ditanduk oleh Shukor Adan dua minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Pada separuh masa kedua, pemain negara lebih banyak menggunakan teknik bertahan dan memperlahankan tempo permainan.

Vietnam berjaya membolosi gawang Malaysia pada minit ke-78. Sekali lagi menerusi Le Cong Vinh.

Vietnam mampu menambah gol pada minit-minit terakhir tetapi percubaan lebih banyak tersasar.

Perlawanan tamat dengan keputusan Malaysia 4 Vietnam 2. Malaysia layak ke final dengan agregat 5-4.

Reaksi Peminat

Di sebalik layanan buruk yang diterima di Shah Alam, keadaan di Stadium My Dinh, Hanoi lebih berbeza.

Tran Anh Tung menerusi postnya di laman facebook AFF Suzuki mengucapkan tahniah buat pasukan Malaysia.

Ada peminat dari Malaysia yang menganggap Vietnam telah mengalahkan Malaysia dengan budibahasa mereka.

Kebanyakkan peminat dari Vietnam menerima keputusan perlawanan dengan hati yang terbuka. Walaupun ada segelintir yang berkata terdapat keraguan di dalam keputusan perlawanan tetapi mereka masih dapat menerima kekalahan pasukan negara mereka. Tahniah Vietnam!




Pertembungan final Malaysia-Thailand boleh dikatakan berkelebihan kepada Thailand yang lebih mantap permainannya. Pasukan Harimau Malaya tidak dapat menerapkan corak permainan yang sama seperti menentang Vietnam kerana Thailand sememangnya mempunyai pasukan yang lengkap di setiap posisi.

Walauapapun, kita doakan yang terbaik buat pasukan negara



1 comment:

Annur Syuhadah said...

macam ni la bila bersukan tak berakhlak islam...