Friday, 12 December 2014

Post Perlawanan Malaysia-Vietnam Bahagian Satu



Jujur saya katakan memang tidak senang duduk semasa menonton perlawanan separuh akhir kedua Malaysia menentang Vietnam.

Ketinggalan 1-2 pada separuh akhir pertama tempoh hari tidak membunuh semangat juang pasukan negara. Perubahan taktikal agak ketara dengan kembalinya Amri Yahya dan Shukor Adan dari pergantungan.



Kali ini Dollah merombak kesebelasan utama dengan tidak menurunkan Safee Sali, Mahalli, Gary dan penjaga gol Khairul Fahmi.

Percaturan ini terbukti membuahkan hasil apabila pengadil dari Jepun Toma Masaaki menghadiahkan sepakan penalti seawal minit ke-4. Indra Putra dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Que Ngoc Hai. Safiq Rahim mudah menyudahkan sepakan tersebut.

Kehadiran Amri Yahya membawa perubahan besar kepada tempo permainan Malaysia apabila hantaran cantiknya dapat dibaca oleh Norshahrul untuk jaringan kedua pada minit ke-15.

Gol Vietnam hadir pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti Le Cong Vinh setelah beliau dikasari oleh Amri Yahya.

Rasanya saya kena sambung di bahagian ke-2 ulasan ini kerana perlawanan semalam terlalu mengujakan saya. Saya bukanlah pakar penganalisisa perlawanan tapi saya meneliti setiap saat perlawanan semalam...jumpa lagi. Go Harimau Go!!




No comments: