Sunday, 28 December 2014

Pesawat Airasia Dari Pulau Pinang Patah Balik

Georgetown: Pesawat AirAsia dari negeri ini ke Langkawi berpatah balik dipercayai berpunca daripada masalah teknikal, jam 4.30 petang tadi.
Pesawat AK6242 itu berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).


Sementara itu, penumpang, Subash Elangovan berkata, juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada mereka pesawat berkenaan mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.

Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan atau pesawat lain digunakan.

HarianMetro

No comments: