Wednesday, 24 December 2014

Pelakon Dipenjara Bunuh Dan Kerat Kekasih



OTTAWA - KANADA. Pelakon porno Kanada, Luka Magnotta dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun selepas didapati bersalah membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya pada tahun 2012, lapor BBC.
Juri di Montreal menolak pembelaan yang mengaitkan soal sakit mental yang menyebabkan Magnotta tidak bertanggungjawab terhadap tragedi itu.

Sebelum ini, Magnotta yang kini berusia 32 tahun mengaku membunuh pelajar, Jun Lin berusia 33 tahun sebelum memotong dan menghantar bahagian-bahagian tubuh mangsa kepada parti-parti politik di Kanada.

Magnotta kemudiannya ditahan di sebuah kafe siber di Berlin, Jerman.

Sebelum penahanannya itu, polis Perancis memberitahu, Magnotta telah terbang ke Paris dari Montreal.

Pegawai penyiasat berkata, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki menggunakan pencucuk ais untuk membunuh lelaki lain yang dipercayai sebagai Jun Lin. Sinarharian

No comments: