Friday, 12 December 2014

Pelakon Cilik Malaysia Terbaik Di Asia




PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada malam Khamis.
Kemenangan Puteri Balqis yang baharu berusia 7 tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3.
Selain Puteri Balqis, turut tercalon dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).
Balqis turut tercalon menerusi kategori Drama/Telefilem Terbaik.
Puteri Balqis terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu.
Selain Puteri Balqis, pemenang lain pada malam itu adalah Pierre Png (Singapura) menerusi lakonannya dalam Zero Calling manakala Rayson Tan memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Pemenang lain pada malam itu adalah Hsieh Chung Hsuan (Taiwan) yang membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam Lonely River.
Manakala drama bersiri Naoki Hanzawa dianugerahkan sebagai Drama Bersiri Terbaik.
Asian Television Awards 2014 menyaksikan 1,371 penyertaan daripada 14 buah negara Asia Pasifik termasuk 199 stesen televisyen, 64 buah produksi untuk berentap menerusi 38 kategori dipertandingkan.
Ia dihoskan oleh Harith Iskander, George Young, Sazzy Falak dan Stephanie Carrington.
Antara selebriti yang turut hadir ke acara berkenaan adalah Zhai Tian Lin, Selena Li, Dennis Trillo, Tien Hsin dan 2moro. Mstar

1 comment:

Annur Syuhadah said...

annur suke sangta adik balqis berlakon..kalo scene menangis tu..memang rabak la mata annur skali menangis..huhuhu