Monday, 8 December 2014

[Panas] Orang Malaysia 'Bodoh'- Dr M



Mungkin kecewa dengan prestasi Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Mantan Perdana Menteri berkata, orang Malaysia ‘bodoh’ dan gagal menerajui MAS.
Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS rugi,” petik kenyataan beliau yang disiarkan akhbar Sinar Harian.
Ia merupakan reaksi balas yang diujar beliau apabila ditanya tentang keputusan Khazanah Nasional yang melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru MAS.
Jawatan tersebut bakal berkuatkuasa pada 1 Januari hadapan.
Tun M juga menambah, situasi ketidakcekapan pengurusan individu terdahulu juga mengakibatkan ‘orang luar’ diberi kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat tersebut.
Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang nak buat baik balik, oklah.”


Khazanah membuat pengumuman tersebut semalam dengan melantik Mueller menyandang jawatan itu, dan bakal diserap menyertai Lembaga Pengarah MAS pada suku kedua tahun depan.
Mueller yang merupakan CEO syarikat penerbangan nasional Ireland Aer Lingus, sebelum itu berjaya memulihkan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa. –MYNEWSHUB.CC

No comments: