Monday, 1 December 2014

Lelaki Mengamuk Kerana Juruwang Lupa Bungkus Mi




NANNING – Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah pasar raya di China bertindak menikam sembilan orang selepas menuduh seorang juruwang terlupa membungkus mi yang dibelinya, Beberapa saksi kejadian tersebut berkata, lelaki itu naik berang ekoran juruwang berkenaan terlupa menyerahkan bungkusan mi yang dibelinya di sebuah pasar raya di bandar raya ini.

Semasa bertengkar dengan pekerja berkenaan, pelanggan itu mengeluarkan sebilah pisau dan bertindak menikam orang ramai secara rambang, menurut agensi berita Xinhua dan akhbar berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurucakap polis berkata, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, perut dan pinggang.
“Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.
Antara yang cedera termasuk enam pekerja pasar raya itu dan dua pelanggan. 
Mynewshub.cc


No comments: