Thursday, 25 December 2014

Lelaki Ditangkap Kerana Obses Dengan Pakaian Dalam



Seorang lelaki dari wilayah Guangxi telah ditangkap kerana mengambil pakaian dalam jirannya.

Lelaki yang dikenali sebagai Tang menyembunyikan kira-kira dua ribu pakaian dalam di atas silingnya.

Pada mulanya, orang tidak mengesyaki apa-apa kerana barang-barang berharga seperti iPhone dan laptop tidak diambil. Cuma menghairankan ialah hanya pakaian dalam yang hilang.

Satu pasangan telah bertindak memasang kamera tersembunyi di kediaman mereka untuk menangkap penjenayah tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila mengetahui ia adalah jiran mereka sendiri.

Mereka terus menghubungi polis untuk menahan Tang. Polis mendapati Tang telah menyembunyikan kesemua pakaian dalam yang diambilnya di dalam siling.

Apabila ditanya, Tang memaklumkan bahawa dia memang mengalami penyakit mental. Beliau pun tidak pasti dari mana datang kegilaannya terhadap pakaian dalam wanita.

No comments: