Tuesday, 2 December 2014

[Jenayah] Perompak Pun Kena Tunggu Giliran


Dalam suasana ekonomi yang mendesak, manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wang termasuklah merompak.
Kejadian ini berlaku di Guangdong, China apabila seorang lelaki datang ke kaunter sambil memegang pisau.

" Ini satu rompakan!" jerit lelaki tersebut dan menghayun-hayun pisaunya. Pekerja di kaunter bank dengan tenang menyuruhnya untuk menunggu dan beratur.

 Perompak tersebut akur dengan arahan juruwang tersebut dan beratur sehingga sampai gilirannya.

Sejurus tiba gilirannya, perompak tersebut menuntut wang 10 ribu RMB (RM5581). Tetapi, juruwang di kaunter itu menjelaskan bahawa permintaannya tidak dapat dipenuhi kerana baki di dalam Akaun perompak itu hanya tinggal 1RMB (RM0.56).

Lelaki itu telah ditangkap dan ditahan polis sebelum sempat memikirkan kaedah lain untuk merompak.
Lazada Malaysia



p.s. Senang kerja polis kalau perompak macam ini merompak di Malaysia.

1 comment:

Annur Syuhadah said...

hahaha..terdesak nau nampak nye tu! ^_^
Kan dah kene tangkap haha