Wednesday, 17 December 2014

[Google] Carian Terbanyak Rakyat Malaysia Tahun 2014


Hari ini, pihak Google Malaysia telah mengeluarkan senarai carian paling popular yang dilakukan oleh pengguna sepanjang 2014.
Terma carian dibahagikan mengikut beberapa kategori, dan carian paling popular pada tahun ini adalah MH370.
Mendiang Karpal Singh merupakan carian paling popular bagi kategori orang, sementara kategori selebriti pula adalah model muslimah berbangsa Cina, Felixia Yeap.
Bagi peranti mudah alih, pencarian paling popular adalah “World Cup 2014″.
Berikut, enam kategori carian paling popular 2014 yang dikeluarkan oleh Google.

Carian – Tragedi Kehilangan Kapal Terbang  Malaysia Airlines MH370
Pesawat MH370 yang merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777 ini secara tiba-tiba “ghaib” dalam penerbangan  yang disertai 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.



Carian Orang –  Mendiang Karpal Singh 
Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor dilaporkan maut dalam sebuah kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak.




Carian Siri TV – Rindu Awak 200% 
Drama bersiri yang ditayangkan setiap isnin sehingga Khamis ini yang mula bersiaran pada 15 Julai lalu kini sudah menamatkan jalan penceritaannya selepas episod akhir 1 September 2014.




Carian Selebriti – Felixia Yeap 
Dari model antarabangsa dan majalah Playboy, Felixia Yeap Chin Yee kini merupakan seorang muslimah, setelah memeluk Islam pada 3 Julai 2014




Carian Filem- Annabelle 
Filem seram yang berdasarkan kisah benar, The Conjuring, telah membuatkan, watak anak patung Annabelle menjadi sangat terkenal pada tahun ini.



Carian Mudah Alih – Kejohanan FIFA 2014 Brazil



Artikel : Mynewshub

No comments: