Monday, 15 December 2014

[Bolasepak] Antara De Gea Dan "Apek" : Persiapan Final Piala Suzuki 2014



Fuh!! Walaupun sahabat saya(seorang peminat tegar Liverpool) memakai jersey pasukan kegemarannya semalam, ia tidak banyak membantu Liverpool daripada tewas 0-3 kepada Manchester United.
Nama David De Gea menjadi bualan media Britain di atas kecemerlangannya malam tadi menghalang percubaan tepat Raheem Sterling dan Balotelli.

The Reds mengalami kekalahan kali ke-7 meletakkan mereka di tangga kesembilan saingan liga. United pula kekal di tangga ketiga dengan rekod enam kemenangan daripada lapan perlawanan di laman sendiri musim ini.



Tinggalkan kehebatan De Gea, kita lihat persiapan pasukan negara menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki.

Dollah Salleh membayangkan akan mengekalkan barisan pemain ketika bertemu Vietnam tempoh hari.

Namun begitu, posisi penjaga gawang masih lagi menjadi tanda tanya. Dollah boleh mengekalkan Farizal di atas prestasinya ketika menentang Vietnam tapi beliau belum dapat mengetepikan terus Khairul Fahmi (Apek).


Khairul Fahmi menunjukkan konsistensinya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Posisi lain seperti pem penyerang antara Norshahrul dan Safee. Dollah mungkin akan meletakkan dua penyerang sekaligus meletakkan Indra Putra atau Amri sebagai supporting striker.

Di bahagian tengah mungkin akan ada perubahan di kalangan Safiq, Gary Steven dan Badhri.

Bahagian bek tengah gandingan Shukor Adan dan Fadhli Shas kemungkinan besar menjadi pilihan Dollah.

Kehadiran Shukor adalah satu elemen penting dalam pasukan ini memandangkan pengalamannya yang luas dan cukup disegani.

Kita tunggu saja apa keputusan Dollah sebelum pasukan Harimau Malaya berkunjung ke Stadium Rajamangala Bangkok, rabu ini.






2 comments:

Papaglamz said...

Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

Assalamualaikum

Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
Baca lagi.......

http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

Jane said...

penyokong liverpool datang sini ~_~' kalah dengan MU xde kesan pape pun...tp kalau MU kalah dengan liverpool semua orang booo keh keh keh.... tp berbalik kepada aff Farizal atau Apek kedua2nya terbaik... tggu pulak sapa yang akan beraksi final di bukit jalil sabtu ni