Tuesday, 30 December 2014

Bayang Pesawat Kelihatan Dalam Laut



JAKARTA: Kru pesawat operasi mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia melihat bayangan objek berbentuk pesawat di dalam laut di kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Laksamana Madya TNI, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukan SAR kini ke lokasi itu untuk menyiasat.
"Jam 12.50 waktu tempatan, pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini pasukan mencari sedang melakukan penyiasatan dan memindahkan objek yang dipercayai milik pesawat QZ8501. - Detik.com

No comments: