Monday, 29 December 2014

Ayam Diam Tanda Tsunami

PADA jam 8 pagi, 26 Disember 2004, pegawai veterinar, Muhammad Zahid Yahya, 42, melakukan rutin menyuntik ayam di satu ladang ternakan di Aceh Jaya.

Selepas menyuntik kira-kira 10 ekor ayam, bapa kepada empat anak ini hairan kenapa beratus ekor ayam lain yang sepatutnya disuntik secara tiba-tiba diam, tidak seperti kebiasaannya.
Tanpa diduga, dalam sekelip mata beliau mendengar jeritan orang ramai mengatakan air laut pasang besar hinggakan sampai ke bandar mengakibatkan ramai yang terkorban.
Sebagai sukarelawan Persatuan Palang Merah Indonesia, Zahid bergegas ke lokasi nahas untuk membantu bersama beberapa rakannya.
"Saya sangkakan mungkin hanya 50 orang menjadi korban. Ketika itu, langsung tidak terlintas dalam fikiran bahawa itu adalah tsunami.
BeritaHarian

No comments: