Saturday, 20 December 2014

[Artis] Seksi Untuk Tarik Perhatian



NAMA pendatang baharu Korea No Soo Ram mulai menjadi perhatian dan carian di laman sosial apabila tindakan beraninya
tampil dengan gaun seksi di sebuah acara anugerah Blue Dragon Film Awards Rabu lalu.

Bintang drama Mr Baek itu mengayakan gaun hitam panjang dengan bahagian sisi kiri dan kanan dibuat dengan bahan lutsinar hingga menampakkan tubuh artis tersebut.

"Saya rasa ini adalah salah satu cara untuk menarik perhatian khalayak dan masyarakat mula mengenali saya dalam industri ini," ujarnya.

Kehadirannya pada majlis tersebut mengundang kontroversi apabila dikatakan tidak diundang, namun perkara itu dinafikan pihak pengurusannya. MSTAR

1 comment:

Irissha Greenalista said...

Macam-macam cara diorang ni sekarang nak cari perhatian media..huhu