Sunday, 28 December 2014

Amyra Tolak Watak Ranjang


Melihat kepelbagaian watak yang dibawanya, Amyra Rosli berjaya melakonkannya dengan baik sekali. Malah Amyra tidak keberatan menerima watak yang sama berulang kali asalkan dapat melakukan yang terbaik. 
 "Alhamdulillah, sejak terlibat dengan teater dahulu, saya telah bawakan pelbagai watak dan saya tidak kisah asalkan jalan ceritanya bagus. Tetapi saya tidak akan sesekali membawakan adegan ranjang atau pun  berkemban kerana tidak mahu ia menimbulkan masalah kelak. 

Suatu ketika dulu, saya pernah bawakan watak sebagai penagih dadah dan ketika itu hanya bahu yang terdedah. Itu pun ada yang rakamkan gamar dan pandangan mereka berlainan sekali. Jadi biarlah saya elakkan watak sebegitu," ujar Amyra. 

Ditanya tentang kisah sesetengah selebriti yang dikatakan lupa diri apabila berada di atas, Amyra mengakui sentiasa mengharapkan dirinya tidak akan berada dalam kelompok itu. 

"Saya bukan orang yang begitu, Cuma kadangkala tidak semua orang faham diri kita dan mereka tidak berada di tempat kita. Kita juga manusia biasa yang kadang-kala terlepas pandang beberapa perkara. 

Sebelum mengatakan saya lupa diri, mungkin orang itu perlu kenal siapa diri saya dulu,"jelas Amyra panjang lebar. 

-MediaHiburan 

No comments: