Wednesday, 26 November 2014

[AFF Suzuki 2014] Kebangkitan Bolasepak Filipina dan Tumbangnya Bayern Munich




Filipina meneruskan rentak kemenangan dalam edisi Piala Suzuki 2014 dengan membenam Indonesia 4-0. Kemenangan ke atas Laos dalam perlawanan pembukaan seharusnya membuka mata semua bahawa pasukan kendalian Thomas Dooley ini bukan boleh dipandang enteng.

Lazada MalaysiaStadium Nasional My Dinh, Hanoi menyaksikan gol pembukaan oleh Phil YoungHusband pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti. Gol tersebut merupakan gol antarabangsanya yang ke-42.
Keputusan 1-0 berkekalan hingga ke tamat separuh masa pertama.


Pada babak kedua, seawal minit ke-7, Manuel Ott meledakkan gol kedua Filipina. Martin Steuble mengukuhkan penguasaan the Azkals apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.

Indonesia pula terpaksa bermain sepuluh orang apabila Rizki Pora diarah keluar padang setelah dilayangkan kad merah pada minit ke-70.

Keadaan ini dimanfaatkan oleh pasukan lawan menerusi jaringan Robert Gier pada minit ke-79 melengkapkan kemenangan bergaya Filipina. Mereka mengumpul enam mata daripada dua perlawanan dan mendahului kumpulan A.


Dalam pertembungan Liga Juara-juara Eropah pagi tadi, Manchester City seakan-akan seperti mati hidup semula dengan gol kemenangan pada minit tambahan oleh Sergio Aguero. Perlawanan tampak seimbang walaupun Bayern terpaksa bermain sepuluh orang setelah Benatia dilayangkan kad merah pada minit ke-20 selepas menjatuhkan Aguero di dalam petak penalti.
Gol pertama Man.City dijaringkan oleh Aguero menerusi sepakan penalti menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer. 
Bayern bukanlah pasukan yang mudah untuk ditundukkan. Pada minit ke-40, bekas Real Madrid, Xabi Alonso menjaringkan gol menerusi sepakan percuma selepas Lewandowski dijatuhkan oleh Mangala.
Lewandowski menjaringkan gol kedua Bayern setelah melihat kepincangan di bahagian pertahanan M.City menewaskan Joe Hart pada minit ke-45.
Pada ketika Bayern mula berkira-kira untuk meraikan kemenangan mereka di Stadium Etihad, Aguero sekali lagi menjadi wira Manchester City apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85.
Kesilapan Boeteng di bahagian pertahanan telah memberikan gol kemenangan Manchester City pada minit ke 93. Aguero menjadi watak pemusnah dengan gol hatriknya memberikan harapan kepada Man.City untuk layak ke pusingan kalah mati. Perlawanan terakhir menyaksikan Manchester City akan bertemu AS Roma dan Bayern Munich akan melayan CSKA Moskva. 

Group E

HomeAwayTotal
ClubsPWDLWDLWDLFA+/-Pts
FC Bayern München FC Bayern München5200201401134912
AS Roma AS Roma5101021122812-45
Manchester City FC Manchester City FC511101112278-15
PFC CSKA Moskva PFC CSKA Moskva5021101122610-45





No comments: