Friday, 28 November 2014

Safee Berang Kena Tegur Peminat



 Cakap saja tentang bolasepak, semua orang jadi pakar walaupun tak pernah sepak bola. Apalagi sekarang pasukan Harimau Malaya perlu menang untuk layak ke pusingan kalah mati Piala AFF Suzuki 2014. Perlawanan terakhir kumpulan ialah menentang Singapura yang pastinya bukan mudah untuk ditundukkan.

Kritikan, cacian adalah lumrah dalam sukan, peminat bertindak ikut hati apabila keputusan perlawanan bukan seperti yang diharapkan. Apabila pasukan negara menang tinggi disanjung tapi bila kalah semua pakat menghentam tanpa mengira perasaan pemain.

Terkini, penyerang negara Safee Sali menjadi mangsa kritikan peminat di media sosial. Kritikan ini membuatkan Safee naik angin lalu membalas kritikan melalui Instagram.

mynewshub.cc

Nama-nama peminat yang mengkritik turut ditandakan Safee di ruangan komen.


Tidak salah untuk memberikan kritikan atau teguran sekiranya prestasi pemain kita semakin menurun tapi biarlah dengan kata-kata yang sopan dan berhemah. Mereka pun manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Kita semua perlu faham tidak ada pasukan yang mahu kalah apalagi memperjuangkan nama negara. Pada ketika ini, sokongan peminat perlu diteruskan agar suatu hari nanti pasukan ini akan kembali disegani.



Sumber asal : mynewshub.cc

Olahan         : thelittletinypalmtree




No comments: