Wednesday, 5 November 2014

Perogol Kudung Dipenjara 315 Tahun


Anda memang tidak boleh bersangka buruk terhadap orang yang kurang upaya tetapi kaum wanita terutamanya mesti sentiasa berhati-hati.

Kes ini berlaku di Afrika Selatan apabila seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara 315 tahun kerana merogol 18 wanita. Fakta ini tidaklah menghairan sangat kerana ada kes rogol bersiri yang lebih hebat dari ini. Tetapi yang menjadi tumpuan ialah perogol ini, Mhlonishwa Mathebula (namanya pun susah nak sebut), kudung dari siku ke bawah.

Digelar ' the springbok' kerana kelincahannya melarikan diri dari ditangkap pihak berkuasa. Jurucakap polis Afrika Selatan Kolonel Jay Naicker berkata : " Mathebula merupakan penjenayah yang paling dikehendaki dan dia berjaya melepaskan diri walaupun sudah dikepung beberapa kali."

" Dia amat kuat, lincah dan pantas berlari " Kata Naicker lagi.

Perogol Kudung Dipenjara 315 Tahun

Mangsa rogolnya masing-masing berusia antara 18 hingga 44 tahun. Tertangkapnya Mathebula menandakan berakhirnya ketakutan di kalangan masyarakat. Dia mengaku bersalah ke atas 18 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.



No comments: