Sunday, 9 November 2014

Pengeluar Pakaian Dalam Tukar Slogan Elak Kontroversi


Pengeluar Pakaian Dalam Tukar Slogan Elak Kontroversi

LONDON – Kontroversi iklan terbaharu Victoria’s Secret akhirnya memaksa pengeluar pakaian dalam wanita terkemuka dunia itu menukar slogannya sebelum ini yang terlalu seksisThe Perfect Body menjadi A Body for Every Body, lapor akhbar Britain semalam.
Iklan yang disiarkan kebanyakan akhbar ternama itu baru-baru ini mendapat kecaman pelbagai badan wanita Britain sebagai tidak realistic seumpama menggambarkan bahawa tubuh sempurna adalah mesti seperti milik model-model jelita menerusi iklan itu.
“Saban hari, slogan pada iklan sebegini menyebabkan wanita berbadan gemuk atau tidak menarik akan berasa amat malu seolah-olah jika mahu kelihatan seksi, mesti memiliki tubuh badan seperti model terbabit,” kata seorang pelajar, Gabriella Kountourides, 22 tahun.
Dia dan rakannya; Laura Ferris dan Frances Black, kemudian membuat petisyen antarabangsa mendesak Victoria’s Secret mengubah slogan itu yang kini ditandatangani lebih 29,000 orang dari seluruh dunia dan perintah injunksi sekatan penyiaran mesej komersial itu.
Iklan kontroversi Victoria’s Secret kali ini menampilan 10 model jelita antarabangsa seperti Lily Aldrige, Behati Prinsloo dan Jasmine Tooks dalam posisi berdiri sambil separuh bogel dengan hanya memakai coli dan seluar dalam rekaan terbaharu syarikat tersebut. mynewshub.com

No comments: