Monday, 3 November 2014

Pemain Diharamkan Bermain Bola Seumur Hidup

Pemain Diharamkan Bermain Bola Seumur Hidup
gambar hiasan

Krisis pemain dan pengadil memang lumrah dalam bolasepak. Ada keputusan yang dibuat oleh pengadil yang tidak disukai oleh pemain.
Seorang pemain bolasepak amatur liga Swiss telah digantung daripada bermain selama 50 tahun kerana menendang bola ke arah pengadil sambil memaki hamun. Apa yang peliknya, Ricardo Ferreira bukanlah pemain dalam perlawanan itu dan bukan juga pemain simpanan.

Dia menerima hukuman tersebut selepas badan bolasepak Swiss menilai semua kesalahan-kesalahan yang lepas. Maknanya ini bukanlah kali pertama dia dihukum-reuter


No comments: