Thursday, 13 November 2014

[PANAS] Kereta KP JPJ Cetus Viral


mynewshub.cc


Isu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin panas diperkatakan di merata media sosial. Nampak sangat ketidakpuasan timbul di kalangan rakyat Malaysia akibat pengumuman JPJ berkenaan peraturan baru seperti ops cermin gelap dan nombor plat.
mynewshub.cc
Komen-komen yang diberikan mempersoalkan tindakan JPJ yang hanya memberi perhatian kepada perkara remeh berbanding perkara yang lebih besar.Mereka juga mengatakan tidak berbaloi bagi pengguna jalanraya yang terpaksa menempuh kesesakan lalulintas semata-mata menunggu pegawai JPJ untuk mengukur nombor plat.Kemuncak ' peperangan ' antara orang awam dan JPJ meletus apabila seorang pengguna facebook memuatnaik kenderaan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad.
mynewshub.cc

Jumlah saman kenderaan tersebut setakat 7 November pun disiarkan. Betapa mudahnya apabila ada teknologi. 

mynewshub.cc


 Sesungguhnya, ini satu cara paling silap bagi ketua sebuah jabatan menjawab isu dibangkitkan orang awam, pada kami.Dasar keterbukaan media sosial yang membolehkan segala maklumat dan perkara disebar secara terus seharusnya diambilkira pihak berkuasa terutama pemimpin dalam badan kerajaan untuk menjawab dengan bijak sebarang isu tanpa bersandar emosi.Maxazman kemudiannya mendedahkan tentang panggilan diterima daripada pihak ketiga ini lalu membuat pula cabaran kepada Ketua Pengarah JPJ untuk datang bertemu dia jika beliau yang kurang senang dengan fakta yang disebar dan bukan sebaliknya.Fullscreen capture 11122014 71237 PM
Apabila hal ini dikongsikan kepada umum sudah tentulah ramai mula tertarik untuk mengikuti sesi ‘cabar mencabar’ antara pengguna jalanraya rakyat marhaen dengan seorang Ketua Pengarah agensi penguatkuasaan yang dianggap keras selama ini.
Fullscreen capture 11122014 64630 PM
Maxazman turut menuntut penjelasan berkenaan rasional operasi nombor plat kenderaan yang dilaksanakan JPJ hingga boleh mengurangkan kadar kemalangan, merujuk pada kenyataan Ismail kepada sebuah media yang menjadi bahan lawak baru-baru ini.
Kenyataan media Ketua Pengarah JPJ yang dijadikan bahan lawak netizen, baru-baru ini.Kenyataan media Ketua Pengarah JPJ yang dijadikan bahan lawak netizen, baru-baru ini.
“Apakah benar dengan adanya operasi bersepadu nombor plat, cermin gelap, lampu strobe dan lampu HID akan mengurangkan kadar kemalangan maut.“Saya tunggu anda pada 13 November (esok) di pejabat saya, sila datang secara peribadi, saya tidak terima wakil anda,” tegas Maxazman.Sebenatnya, antara ‘hikmah’ yang diraikan rakyat marhaen apabila Maxazman muncul sebagai ‘hero’ mereka setelah lama memendam sakit hati dengan pelbagai saman diterima adalah pendedahan banyak lagi ‘pekung’ berkaitan JPJ yang sepatutnya diselesaikan dahulu sebelum bertindak keras melaksanakan undang-undang pada pengguna jalanraya.
64769_10204906678254310_5446665168107525047_nAntaranya, screen shot daripada Ketua Moderator Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia yang memohon supaya sekatan jalanraya khas untuk operasi nombor plat dihentikan serta merta di Pahang sambil mendedahkan, berlaku KORUP dalam kalangan anggota JPJ dan SPAD berhubung isu lori balak dan bijih lebih muatan di negeri ini.
Berita terbaharu, pertemuan antara Maxazman dan Ketua Pengarah JPJ di pejabat Maxazman di Menara Berkembar Petronas KLCC yang sepatutnya dirancang esok, diumumkan batal atas faktor keselamatan.“Pihak keselamatan PETRONAS bimbang dengan kehadiran penyokong-penyokong akan menimbulkan keadaan tidak terkawal di sekitar Menara Berkembar.
“Tarikh dan lokasi baru akan ditetapkan kemudian,” umum Maxazman dalam status Facebooknya.
Bagi kami, sama ada orang kuat JPJ itu datang jumpa Maxazman atau tidak bukan lagi soal utama.
Apa yang lebih penting dilakukan sekarang adalah meneliti sejauh mana benarnya teguran orang ramai terhadap JPJ yang dilihat agak ‘angkuh’ bila mengambil keputusan mahu menyaman pengguna jalanraya sedangkan ada isu lebih penting tercicir pandang.
1510964_10204908381616893_3658118735003390040_nIni termasuklah isu cermin gelap, nombor plat dan saman kesalahan undang-undang jalanraya terhadap kereta milik Ketua Pengarah JPJ, pastinya. – MYNEWSHUB.CC







No comments: