Tuesday, 25 November 2014

[PANAS] Foto Terhangat Artis Malaysia 2014


Dunia artis bukanlah seindah yang anda sangkakan. Ada saja kontroversi yang dikaitkan dengan artis. Boleh dikatakan artis adalah milik masyarakat dan kehidupan mereka sentiasa mendapat perhatian.
Lebih-lebih lagi jika ada foto-foto yang  dimuat turun di laman sosial tidak berkenan di mata peminat, pasti mengundang kontroversi.

Ikuti pilihan artis yang dikaitkan dengan kontroversi oleh portal hiburan ohbulan.

Hanez Suraya


Aktres ini dikaitkan dengan kontroversi merampas suami orang dan beberapa keping foto yang menampakkan susuk tubuhnya di laman instagram.



Adi Putra


Pelakon kacak berasal dari Singapura ini dikatakan saling bertukar foto dan mesej lucah dengan isteri orang. Ekoran daripada peristiwa tersebut, wanita malang tersebut diceraikan oleh suaminya.

Kes tersebut telah berlangsung sejak tahun 2013 dan dikatakan akan dibuka semula.


Hanis Zalikha


Siapa yang tidak mengenali blogger terkenal yang terus bersinar di dunia hiburan tanahair, Hanis Zalikha. Sesi fotografi bersama majalah Cosmopolitan Malaysia, telah menyebahkan para peminat melabelkan Hanis sebagai pelacur. 

Foto-foto tersebut dikatakan agak seksi dan ada peminat beranggapan Hanis sudah mula berubah sejak menjadi artis.


Karl Shafek


Lain pula kisahnya dengan artis ini, bukan foto seksi yang menjadi bualan tapi fotonya bersama seekor anjing.

Isu seperti ini memang sensitif apalagi jika artis itu seorang Islam. Karl cepat menjelaskan beliau faham batasan agama. 

Kesimpulannya, sebagai public figure, semestinya setiap perilaku seseorang artis akan menjadi tarikan buat peminat mereka. Maka, berfikir dulu sebelum menceburi bidang yang glamour ini.

No comments: