Monday, 17 November 2014

[Misteri] Sumpahan Jam Henry Graves

[Misteri] Sumpahan Jam Henry Graves
Sheikh Saud Mohammed Al-Thani

Sheikh Saud Mohammed Al-Thani merupakan bekas Menteri Kebudayaan dan Warisan Qatar. Billionair berusia 48 tahun ini merupakan seorang pengumpul barangan antik. Baginda merupakan pemilik kepada seutas jam yang dianggarkan berharga 15 juta Pound ( RM78,633,738.16).

Al-Thani berhasrat untuk menjual jam tersebut dalam satu majlis lelongan. Malangnya, baginda meninggal dunia akibat komplikasi jantung dua hari sebelum lelongan bermula.

[Misteri] Sumpahan Jam Henry GravesJam Patek Phillipe tahun 1933 itu dikatakan membawa nasib kurang baik kepada pemiliknya. Pada tahun 1925, pemilik asalnya Henry Graves telah menemui pembuat jam terkenal Patek Phillipe untuk menempah jam. Tidak sampai setahun jam tersebut menjadi miliknya, sahabat baik dan anak lelakinya meninggal dunia.

Al-Thani pula telah membeli jam tersebut pada harga kira-kira 11 juta Pound. Kerabat Diraja Qatar ini merancang menjual jam tersebut untuk membayar hutangnya.

2 comments:

Didie Farhan said...

Semuanya takdir tuhan tidak ada kena mengena dengan sumpahan

kifli bakeri said...

yela...akhbar orang putih tak lari dari cerita sumpahan