Tuesday, 4 November 2014

Makan KFC, Tidur KFC, Bangun KFC

Kentucky Fried Chicken (KFC) memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Resepi yang istimewa dan tawaran yang pelbagai menarik citarasa semua orang.

Restoran makanan segera terkemuka ini turut menawarkan perkhidmatan buka 24 jam kepada pelanggannya.


Hal ini berlaku di Wilayah Sichuan, China apabila seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya telah memilih KFC sebagai tempat menenangkan perasaannya.


Tan Shen,26, singgah di KFC untuk menenangkan perasaannya. Pekerja restoran di situ mula risau apabila Tan Shen tidak meninggalkan tempat tersebut hampir seminggu. Apabila ada orang bertanya kepadanya, dia mengatakan apartmen tempat tinggalnya terlalu banyak kenangan tentang lelaki itu. Dia belum mahu kembali ke tempat tinggalnya.



"Lagipun dia tetap memesan makanan dan membayar pesanannya. Tiada masalah bagi kami" kata pekerja restoran itu. - Huffpost.com

No comments: