Thursday, 6 November 2014

Kriteria Mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk

Berikut merupakan carta yang menunjukkan panduan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) sebelum amaran cuaca buruk dikeluarkan.


Ia wujud dengan / tanpa ribut tropika / taufan di Malaysia (di lingkungan sekitar 200 batu nautika)
Peringkat AmaranKriteriaKesan Yang Boleh Berlaku
Kuning
Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.
 
Jingga
Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.
    atau
Sistem tekanan rendah / lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 km/j disertai hujan sederhana menjadi lebat.
    atau
Angin kencang dengan kelajuan 50-60 km/j (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam.
Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.
 
 
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.
Merah
Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.
    atau
Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
    atau
Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj(dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.
Arus Banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.
 
 
Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai.
 
 
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.
 

 

Sumber : met.gov.my 

No comments: