Wednesday, 19 November 2014

Kepala Khinzir Di Masjid : 4 Lelaki Dipenjara


4 lelaki telah dijatuhi hukuman penjara antara 7 hingga 14 bulan kerana mengaku bersalah melontar kepala khinzir ke perkarangan Masjid.
Themas Ashton,21, Andrew Warner,31, Travis Crabtree,25, dan Steven White,28, membuang satu beg berisi beberapa kepala khinzir di tempat letak kereta Masjid Sentral Blackpool.

Perilaku keempat-empat pemuda ini ada kaitan dengan pembunuhan seorang pemuda di Selatan London pada Mei,2013.

Pembunuh Lee Rigby,25, telahpun menjalani hukuman seumur hidup di atas pertuduhan membunuh anggota tentera tersebut.
Lee Rigby

Imam Masjid, Ashfaq Patel, merayu kepada hakim Graham Knowles agar pesalah dilepaskan kerana telah sedar tentang kesilapan yang mereka lakukan.

Namun begitu, hakim tersebut menegaskan bahawa hukuman tersebut adalah sebagai pengajaran.

"Semua orang berhak dan bebas menganuti agama masing-masing tanpa ada perbuatan khianat seperti ini," kata hakim Knowles.




No comments: