Monday, 17 November 2014

[ISU] Tidak Ada Kerakyatan Percuma

[ISU] Tidak Ada Kerakyatan Percuma

Isu kerakyatan sememangnya sensitif dan bukan sewenang-wenangnya sesebuah kerajaan dapat memberikan taraf kerakyatan begitu sahaja. Saya pun pernah mengalami pengalaman sukar mendapatkan taraf warganegara untuk isteri saya.

Isteri saya lahir di Malaysia tetapi disebabkan faktor ibubapa yang tidak mempunyai dokumen (atas sebab tertentu) maka tidak ada bukti jelas untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi taraf warganegara. Alhamdulillah setelah mendapatkan nasihat dan bantuan dari pelbagai pihak, isteri saya telah diberikan kewarganegaraan.

Lain pula halnya di Sabah, kerajaan telah memutuskan untuk tidak memberikan sijil kelahiran kepada bayi dan kanak-kanak yang tidak bernegara. Namun begitu, Kabinet memutuskan bahawa hanya dokumen khas rekod kelahiran yang akan dikeluarkan. Rekod ini berbeza dengan sijil kelahiran yang diberikan kepada yang bernegara atau warganegara.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) telah menyuarakan kebimbangannya terhadap isu ini dalam ucapan dasarnya ketika Persidangan Perwakilan Tahunan PBS.

Menurut Datuk Seri Najib, perkara ini telah dibincangkan beberapa kali dan kerajaan telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan sijil kelahiran untuk kanak-kanak tidak bernegara.


No comments: