Thursday, 20 November 2014

[Info] Tarif Elektrik Sarawak Turun Tahun Depan

[Info] Tarif Elektrik Sarawak Turun Tahun Depan



Tarif elektrik bagi pengguna domestik di Sarawak akan diturunkan sehingga 47 peratus hasil semakan semula tarif elektrik yang dilakukan oleh kerajaan negeri berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Kadar semasa ialah 24 per kilowatt (kWh) bagi penggunaan di bawah 100 unit tenaga. Di bawah kadar baru, pengguna akan menikmati kadar 18 sen/kWh bagi penggunaan bawah 100 unit.

Dianggarkan hampir 50 peratus pengguna di Sarawak akan menikmati penurunan antara 20 hingga 40 peratus.

[Info] Tarif Elektrik Sarawak Turun Tahun Depan
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem

Hasil daripada penurunan tarif elektrik


  • Dianggarkan 130 ribu pengguna akan menikmati elektrik percuma
  • 50 ribu pengguna yang menggunakan 150 unit sebulan - penurunan 40 peratus
  • 50 ribu pengguna yang menggunakan 150-200 unit sebulan - penurunan 30 peratus
  • 80 ribu yang mengguna antara 200-300 unit tenaga - penurunan 20 peratus
  • 50 ribu pengguna (300-400 unit) menikmati penurunan 10 peratus
  • 120 ribu pengguna yang menggunakan 400 dan lebih unit tenaga - 2 hingga 4 peratus




No comments: