Thursday, 27 November 2014

[HANGAT] Astro Kena Tegur


Stesen penyiaran swasta Astro berulang kali membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini. Ada saja isu yang diusulkan antaranya melibatkan kos bil yang semakin bertambah dan siaran yang kurang bermutu.
Kali ini di Perhimpunan Agung Umno, usul Astro sekali lagi dikemukakan oleh Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Beliau mahu Astro tidak lagi menaikkan kadar bayaran kerana ia dilihat membebankan rakyat.
Lazada Malaysia

Tambah beliau, Astro merupakan syarikat tunggal yang memonopoli perniagaan penyiaran di negara ini dan tidak terdapat persaingan yang memungkinkan mereka menaikkan kadar bayaran.

Beliau mengambil contoh minat rakyat menonton siaran bolasepak luar negara yang disiarkan melalui Astro tetapi tidak mampu kerana beban bayaran yang tinggi untuk melanggan siaran tersebut.

“Nak tengok pasukan yang terbaik di dunia, Manchester United.. (dewan kecoh) kena pakai Astro, nak tengok pasukan yang paling koman (tidak bagus), Chelsea (dewan semakin kecoh) kena tengok Astro.

“Jadi, saya mintalah kita bawa usul daripada anak muda.. sudahlah nama dia monopoli, jangan.. janganlah.. janganlah menyusahkan rakyat dengan fi (bayaran) yang tinggi.. jangan naikkan fi lagi,” katanya. - mynewshub.cc


No comments: