Saturday, 1 November 2014

Ditahan Kerana 'Perkahwinan Hantu'


Ditahan Kerana 'Perkahwinan Hantu'

Konsep 'perkahwinan hantu' tersebar di media selepas penangkapan 11 orang lelaki di Shandong, China.
Mereka ditangkap kerana mencuri mayat wanita. Perkahwinan yang dimaksudkan ialah pakej mengebumikan mayat seorang lelaki bujang bersama-sama mayat seorang wanita.

Ini bertujuan untuk memastikan percintaan mereka berkekalan di kehidupan yang seterusnya.

Suspek yang dikenali sebagai Wang mendakwa telah mengambil mayat wanita itu dari pekan Tianqiao. Kemudiannya menjual kepada seorang lelaki,Liu,pada harga 18 ribu RMB(lebih kurang RM9680).

Liu pula telah menjual kepada seorang lelaki bujang dengan kadar 38 ribu RMB(lebih kurang RM20440). Dua kali ganda!

Wang berkata wanita yang baru meninggal sangat berharga kerana beliau percaya ia akan membawa kebahagiaan kepada lelaki bujang yang mati itu.-echinacities.com

No comments: