Friday, 7 November 2014

CPUV Nuffnang Terbaru : Sony Xperia Z3

Hebatnya Sony Xperia Z3

Saya memang penggemar telefon bimbit keluaran Sony model Xperia. Walaupun harganya agak mahal tapi pada pendapat saya ianya masih mampu dimiliki oleh semua orang. Kini Sony telah memperkenal keluaran terbarunya iaitu Sony Xperia Z3.



CPUV Nuffnang Terbaru : Sony Xperia Z3 Harganya di antara 2100-2400 mengikut pasaran semasa. Z3 menggunakan OS Android 4.4.4 dan beratnya cuma 152 gram iaitu 11 gram lebih ringan dari Xperia Z2. Xperia Z3 bersaiz 7.3mm. Ciri-ciri kalis air dan debu juga amat sinonim dengan model Xperia yang terbaru. Skrin 5.2 inci dan resolusi 1080x1920 adalah antara ciri-ciri Z2 yang masih dikekalkan. 

Cuma skrin Z3 tidak mempunyai ciri kalis calar seperti Z2. Tapi, anda memang tidak akan kecewa dengan kamera Z3. 20.7 megapixel dan kamera depan 2.2 m.p sudah mencukupi untuk anda yang gemar mengambil foto. Terdapat beberapa ciri baru pada cameranya seperti fungsi exposure compensation dan self-timer. Foto juga dapat diambil dalam suasana pencahayaan yang rendah.

CPUV Nuffnang Terbaru : Sony Xperia Z3
Xperia Z3 mempunyai keupayaan melayari internet yang terpantas. Ia menggunakan teknologi modem LTE/4G generasi ketiga. Antara teknologi yang terkini dalam industri telefon pintar. Maka, sebarang pemindahan fail dan menonton video juga semakin lancar.


CPUV Nuffnang Terbaru : Sony Xperia Z3
Reputasi Sony dalam menyediakan paparan visual yang hebat memang tidak dapat dinafikan. Sony Xperia Z3 membawa bersama Teknologi Paparan TRILUMINOS sama seperti yang anda lihat pada produk televisyen keluaran Sony. Teknologi ini mencipta visual yang lebih hidup dan pasti membuatkan anda teruja untuk memilikinya.

Model Z3 dikeluarkan dalam 3 versi iaitu versi asal, compact dan tablet.


Maklumat lanjut, anda boleh layari www.sonymobile.com/my

Nuffnang dengan baik hatinya memberi kempen CPUV Sony Xperia ini. Untuk anda yang nak tahu pasal CPUV dan Nuffnang boleh baca entri saya.




Nak register Nuffnang boleh klik http://www.nuffnang.com.my

Lazada Malaysia



2 comments:

eyfa writer said...

Alhamdulillah,rezeki oktober kan :) semoga di murahkan rezeki,Amin,.

kifli bakeri said...

InsyaAllah