Thursday, 27 November 2014

[BOLASEPAK] Jaringan Gol Lebih Banyak Dari Mana-mana Pasukan Gergasi Eropah

Kekalahan 3-2 kepada Thailand malam tadi memang agak mengecewakan sikit tapi saya tetap bangga dengan mutu permainan pemain negara yang kelihatan meningkat. Paling mengujakan saya ialah tindakbalas Safee Sali ketika jaringan Safiq Rahim pada minit ke-61. 

Perlawanan terakhir menentang Singapura merupakan perlawanan mesti menang sambil mengharapkan Myanmar kalah. Saya percaya harimau mampu mengaum di kota singa.
Lain pula kisahnya dengan pemain hebat ini, rentak jaringannya dalam setiap perlawanan La Liga ketika ini mungkin akan memecahkan rekod 50 gol Lionel Messi. Siapa lagi kalau bukan pemain bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo.
Eurosport

Jaringan terkininya di La Liga ialah 20 gol selepas 12 perlawanan. Ronaldo telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Fakta menarik ialah jumlah gol yang dijaringkan Ronaldo sendiri melebihi jumlah gol (semasa) Manchester United, Feyenoord, Inter Milan, Liverpool dan Dortmund (Borussia).



Berikut merupakan antara pasukan yang tewas kepada jumlah jaringan pemenang anugerah Ballon d'Or ini.
Eurosport

Lazada Malaysia

No comments: