Friday, 14 November 2014

Bapa Tiri Kardashian Ingin Jadi Wanita


Setelah membuat beberapa pembedahan plastik, Bruce Jenner dikatakan kelihatan semakin feminin.

Portal Daily Mail melaporkan, Jenner sedang merancang untuk menukar jantinanya. Hal ini semakin jelas apabila berlaku perubahan pada wajah dan tubuh badannya.

Bruce dan Kris (ibu Kim) masih belum bercerai secara rasmi tetapi sudahpun memilih untuk menjalani kehidupan masing-masing.

Sumber dari US MAGAZINE menjelaskan bahawa Bruce sebenarnya telah lama menyimpan hasrat untuk berpisah. Perhubungannya dengan Kris seperti menyekat keinginannya untuk menjadi seorang wanita.

Berita ini memang mengejutkan apatahlagi keluarga ini pernah disiarkan dalam rancangan televisyen mereka sendiri.

Sehingga berita ini disiarkan, belum ada kenyataan diambil dari ahli keluarga Kardashian mahupun Jenner.

No comments: