Wednesday, 5 November 2014

Awas! Pemilik Rumah Sewa Gila Seks

Rumah sewa atau bilik sewa memang satu keperluan bagi yang belum mampu untuk memiliki rumah sendiri.

 Faktor bekerja di luar bandar atau sedang belajar turut memaksa kebanyakan orang mencari tempat untuk menyewa.
Kes tuan rumah yang gIla seks ini bukanlah perkara baru. Malah, tak lama dulu terpampang di media massa tentang rumah sewa seorang artis dipasang kamera rahsia oleh tuan rumah.

Hal yang sama berlaku di China. Seorang lelaki telah mengiklan dalam internet ' bilik sewa untuk gadis bujang'.

Lok Kung,50, telah menebuk lubang untuk memuatkan lensa kameranya. Satu cermin besar telah diletakkan menghadap tempat mandi.
Awas! Pemilik Rumah Sewa Gila Seks

6 orang gadis diarah untuk berkongsi bilik untuk memudahkan kegiatannya. Namun begitu, segala-galanya terbongkar apabila foto gadis-gadis tersebut disiarkan di media sosial.

" Salah seorang teman sebilik kami secara tidak sengaja menjumpai gambar bogel mereka di akaun sosial lelaki itu" kata Wen Tsou,25,sekaligus mengesyaki tuan rumah telah memasang sesuatu di tempat tidur dan bilik mandi mereka.

Mereka melaporkan terus kepada polis. Sejurus sampai polis telah menjumpai beratus gambar bogel gadis-gadis tersebut.

Lok Kung telah menggunakan kamera jenis night vision untuk merakam. Beliau boleh dipenjara 5 tahun jika sabit kesalahan.                                        

Mirror.co.uk


No comments: