Thursday, 6 November 2014

Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran dalam laman webnya 
seperti berikut :


SEKSYEN A : NASIHAT HUJAN LEBAT & ANGIN KENCANG
Hujan sederhana kadangkala lebat beserta angin kencang 40-50 kmsj dijangka berlaku di Negeri Kelantan dan Terengganu mulai 7 hingga 9 November 2014 .

SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir di negeri Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson) dan Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis 6 November 2014.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.
Dikeluarkan pada : 04:18pm pada 06 November 2014


Saya berharap orang ramai mengambil perhatian kepada setiap pengumuman yang dilakukan demi keselamatan masing-masing. Layari www.met.gov.my untuk sebarang maklumat terkini.

No comments: