Monday, 10 November 2014

99 iPhone Untuk Cinta

Demi cinta sanggup lakukan apa saja. Perasaan inilah yang mendorong seorang lelaki membelanjakan kira-kira 2 tahun gajinya untuk membeli 99 iPhone 6!

Seorang lelaki dari Guangzhou telah membeli 99 iPhone dengan harga 500 ribu yuan iaitu lebih kurang RM273,323.00 untuk memenangi hati seorang wanita(rakan sekerjanya). Dia telah menyusun kesemua iPhone tersebut dalam bentuk hati. 

99 iPhone Untuk Cinta

Ini telah menarik perhatian orang ramai di situ. Mereka memujuk wanita itu untuk menerima cinta lelaki tersebut. Namun, wanita berkenaan hanya mendiamkan diri.

99 iPhone Untuk Cinta

Tindakan lelaki tersebut dikaitkan dengan perayaan Hari Bujang (11/11) di China. Mereka sanggup memberi apa saja untuk memenangi hati wanita yang diminati. Jualan barang-barang di negara tembok besar itu dikatakan naik mendadak pada hari itu.

99 iPhone Untuk Cinta

Seandainya cinta lelaki itu ditolak, dia masih boleh menjual iPhonenya kerana permintaan bagi iPhone 6 amat luar biasa di China. 

p/s : Kita pun fikir beribu kali untuk melakukan ini...RM200k tu

Foto : Nanfang.com

No comments: