Sunday, 2 November 2014

10 Krew Syarikat Penerbangan 'Paling Menawan'

Apabila menaiki sesuatu pesawat, kita sentiasa mengimpikan layanan hebat daripada kakitangannya.

Bagi yang terlibat dalam industri penerbangan pula pekerjaan ini bukan sekadar bijak melayan kepada pelanggan. Bermacam aspek dititikberatkan termasuk fizikal dan penampilan.
Saya ingin kongsikan 10 syarikat penerbangan krew paling menawan.



10.VIRGIN ATLANTIC
10 Krew Syarikat Penerbangan 'Paling Menawan'


Pada 2011, pramugari Virgin telah dinobatkan sebagai Pramugari Paling Menawan. Mereka beruniform serba merah sangat profesional dan pasti memuaskan setiap orang yang menerima layanan mereka.



9. THAI AIRWAYS INTERNATIONAL



Syarikat kebanggaan negara Gajah Putih ini mempunyai krew yang tak kurang hebatnya. Layanan istimewa yang diberikan mungkin yang terbaik di kalangan syarikat penerbangan lain. Syarikat ini juga telah memenangi pelbagai anugerah.




8. LUFTHANSA



Syarikat penerbangan Jerman ini dikenali dengan krewnya yang datang dari pelbagai etnik. Mereka turut menampilkan antara krew tercantik dan mesra. Anda tidak perlu risau tentang perkhidmatan kerana anda pasti tidak menyesal menaiki penerbangan ini.


7. AIR ASIA



Saya sebenarnya tidak menyangkan Air asia turut berada dalam senarai ini. Pramugari Airasia dikatakan antara krew yang paling menawan di kalangan syarikat penerbangan tambang murah.



6. EMIRATES


Emirates merupakan antara syarikat penerbangan paling mewah di dunia. Krew-krewnya kelihatan cukup segak dengan pakaian seragam mereka. Krew mereka terdiri daripada pelbagai warganegara. Jangan hairan jika anda merasakan mereka ini seperti sedikit menggoda. Mungkin perasaan anda sahaja?


5. CATHAY PACIFIC



Syarikat yang berpangkalan di Hong Kong ini merupakan antara syarikat penerbangan terbaik Asia. Pakaian seragam serba merah dan krew mereka juga antara yang tercantik. Sesiapa yang berminat nak menyertai mereka perlu tahu bahawa syarikat ini amat menitiberatkan tentang servis.



4. KINGFISHER AIRLINES


Syarikat penerbangan dari India. Pakaian hampir sama seperti Airasia. Menurut beberapa orang pelanggan, pramugarinya antara yang paling hot. Apa maksudnya?


3. AEROFLOT AIR


Saya pun kurang pasti kenapa yang ini nombor 3. Tapi kalau kita lihat pada pakaian mereka memang cukup menonjol dengan imej elegan. Syarikat Rusia ini menjanjikan pengalaman hebat kepada pelanggan mereka.


2. SINGAPORE AIRLINES


Singapore Airlines milik negara jiran Singapura. Imej berpakaian tradisional kebaya sarung pasti membuatkan kita tak akan mengalihkan pandangan. Syarikat ini pernah memenangi anugerah perkhidmatan kabin krew terbaik selama 17 tahun berturut-turut!

1. AIR FRANCE


Air France dipilih mungkin kerana penangan kota romantik Paris. Begitulah juga dengan kemesraan pekerjanya. Tak banyak penjelasan untuk pemilik tempat pertama ini kerana mereka mempunyai semua ciri di atas.

Inilah 10 yang terbaik. Mas Airlines jatuh dari senarai mungkin atas sebab kejadian yang menimpanya atau mungkin juga ada sebab yang lain.- wonderlist

No comments: