Sunday, 30 November 2014

[AFF SUZUKI CUP 2014] Harimau Tunjuk Taring Di Bumi Singa


Perlawanan semalam boleh menutup sekejap kritikan peminat. Para pemain harus kekalkan momentum ini bila berdepan Vietnam nanti.

Vietnam mempunyai reputasi terbaik dan bukan mudah untuk ditundukkan. Dollah pasti mempunyai ramuan terbaik meskipun bakal bermain tanpa beberapa tonggak yang terpaksa melupakan separuh akhir pertama kerana mendapat kad kuning kedua semalam.

Rakyat Malaysia perlu meneruskan sokongan agar bolasepak kita kembali disegani di rantau ini.




Saturday, 29 November 2014

[12 GAMBAR] 'Sweet' Foto Sekitar Perkahwinan Syarif Sleeq & Malaque Mahdaly

                        


Perkahwinan melibatkan artis yang mempunyai ramai peminat seperti Sleeq pasti mendapat perhatian. Dengan sekali lafaz, Syarif sah bergelar suami kepada Sharifah Malak Aimana Mahdaly atau lebih dikenali sebagai Malaque.

Ada beberapa foto 'sweet' mereka berdua, sama cantik sama padan.













Kredit Foto - beautifulnara

Pencarian Bloglist Blog Cik BelBel

http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/11/pencarian-bloglist-blog-cik-belbel.html#comment-form

Bila teman kita Cik BelBel buat segmen macam ni terasa pula nak join sekali. Lagipun, inilah kali pertama join segmen bloglist  sejak blog ni wujud 4 bulan yang lepas. 

Kepada yang nak join bolehlah klik SINI

Ramai-ramailah kita memeriahkan blog Cik BelBel

Friday, 28 November 2014

Iklan-iklan terkini dari Nuffnang



Ada lima iklan CPUV aktif dari Nuffnang dalam blog ini. Iklan banyak pun mestilah di sertakan dengan trafik yang tinggi barulah nampak pulangannya. Blog ini pun bukan blog elit. Lebih kurang macam bayi yang baru nak merangkak.


nuffnang


Perkara yang paling penting ialah jangan sesekali berputus asa untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan. InsyaAllah, kalau dah rezeki takkan kemana,kan?

Safee Berang Kena Tegur Peminat



 Cakap saja tentang bolasepak, semua orang jadi pakar walaupun tak pernah sepak bola. Apalagi sekarang pasukan Harimau Malaya perlu menang untuk layak ke pusingan kalah mati Piala AFF Suzuki 2014. Perlawanan terakhir kumpulan ialah menentang Singapura yang pastinya bukan mudah untuk ditundukkan.

Dituduh Hipokrit : Kesian Mia Sara


PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berasa terkejut apabila anaknya itu terkait dengan gosip kononnya bersikap hipokrit.

Thursday, 27 November 2014

[HANGAT] Astro Kena Tegur


Stesen penyiaran swasta Astro berulang kali membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini. Ada saja isu yang diusulkan antaranya melibatkan kos bil yang semakin bertambah dan siaran yang kurang bermutu.

[BOLASEPAK] Jaringan Gol Lebih Banyak Dari Mana-mana Pasukan Gergasi Eropah

Kekalahan 3-2 kepada Thailand malam tadi memang agak mengecewakan sikit tapi saya tetap bangga dengan mutu permainan pemain negara yang kelihatan meningkat. Paling mengujakan saya ialah tindakbalas Safee Sali ketika jaringan Safiq Rahim pada minit ke-61. 

Perlawanan terakhir menentang Singapura merupakan perlawanan mesti menang sambil mengharapkan Myanmar kalah. Saya percaya harimau mampu mengaum di kota singa.

Wednesday, 26 November 2014

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Bintulu.





Iklan jawatan kosong terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal e-Recruitment.







NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA)

Lembaga Kemajuan Bintulu Sarawak (BDA) mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-




BIL.JAWATANGREDTARAF JAWATAN
1Pegawai Undang-UndangL41Sementara
2Jurutera (Awam)J41Sementara
3Penolong Pegawai Undang-Undang (BDA)L32Tetap
4Setiausaha PejabatN27Sementara




Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.




Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.




Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.




Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Lembaga Kemajuan Bintulu di talian086-332011.




Tarikh tutup permohonan (replika data) : 5 Disember 2014






KLIKPANDUAN LENGKAP TEMUDUGA
             Tips Untuk Lulus Temuduga Kerajaan

[AFF Suzuki 2014] Kebangkitan Bolasepak Filipina dan Tumbangnya Bayern Munich




Filipina meneruskan rentak kemenangan dalam edisi Piala Suzuki 2014 dengan membenam Indonesia 4-0. Kemenangan ke atas Laos dalam perlawanan pembukaan seharusnya membuka mata semua bahawa pasukan kendalian Thomas Dooley ini bukan boleh dipandang enteng.

Tuesday, 25 November 2014

[PANAS] Foto Terhangat Artis Malaysia 2014


Dunia artis bukanlah seindah yang anda sangkakan. Ada saja kontroversi yang dikaitkan dengan artis. Boleh dikatakan artis adalah milik masyarakat dan kehidupan mereka sentiasa mendapat perhatian.

Saturday, 22 November 2014

[PUISI] PERMATA MALAYSIA

Permata Malaysia
Atur langkahmu agar tidak goyah
Terus mencari sinar pasti
Ke ufuk mana sekalipun
Kan temui jayanya

Permata Malaysia
Usah peduli sengketa di jiwa
Diusik panorama asing tajam meruncing
Tusuk-menusuk mata tanpa iman
Gahkan diri ayuh segera
Genggam kembali pusaka bangsa

Permata Malaysia
Usah alpa
Rakus mengejar darjat
Lalu meratah jiwa insan
Kerana kau juga mereka
Milik yang Maha Kuasa

Permata Malaysia
Hayun langkah gagahmu
Capai impian bukan angan-angan!
Lantas dirimu tak ditindas
Oleh manusia yang mengaku sempurna
Kerana kau juga seperti mereka
Milik yang Maha Kuasa

Hiruplah pengajaran silam
Biar dirimu mengerti arus kehidupan
Bukan seperti moyangmu!
Berpecah jadi musuh saudara sendiri

Buat wira merdeka jadilah pewangi 
sejarah nusa
Buat pengkhianat jadilah debu yang berterbangan
Dibawa angin penyesalan
Hilang dari cermin kehidupan

Permata Malaysia
Dirimu bertuah telah hadir anak Malaysia
Membuka keamanan dan kesejahteraan
buat dirimu
Sedarlah keturunanmu bukan pengecut
Tapi PEJUANG watan tercinta
Bersama percikan darah suci mulia

Permata Malaysia
Ingat-ingat dirimu di mana
Di mana?
Dirimu siapa?


Sajak yang saya cipta 15 tahun yang lepas semasa di tingkatan enam. Kenangan yang cukup indah hadir semula apabila saya menyiarnya di blog ini.

Thursday, 20 November 2014

[Info] Tarif Elektrik Sarawak Turun Tahun Depan

[Info] Tarif Elektrik Sarawak Turun Tahun Depan



Tarif elektrik bagi pengguna domestik di Sarawak akan diturunkan sehingga 47 peratus hasil semakan semula tarif elektrik yang dilakukan oleh kerajaan negeri berkuatkuasa 1 Januari 2015.

[LUAR NEGARA] Anak Artis Ternama Malas Ke Sekolah




Anak Artis Ternama Malas Ke Sekolah

Anak kepada kepada pelakon terkenal Will Smith iaitu Jaden dan Willow Smith mengakui tidak suka pergi ke sekolah kerana menganggap ia perkara paling membosankan dalam hidup mereka.
Daily Mail melaporkan pasangan adik beradik itu menjelaskan mereka tidak pernah mendapat sebarang ilmu ketika ke sekolah dan mengambil keputusan untuk belajar daripada rumah.
"Saya sempat pergi ke sekolah selama setahun dan itu adalah pengalaman terburuk saya kerana tempat tersebut membuatkan saya tertekan," kata Jaden dalam satu wawancara.
Willow pula memberitahu dia tidak pernah mendapat sebarang kebaikan kerana pelajar diasak tanpa henti dengan pelbagai perkara dan ia tidak pernah berkesudahan. MSTAR

Wednesday, 19 November 2014

Wordless Wednesday : The Most Memorable Moment


My 2nd daughter Aisyah Humaira. Congratulation on your kindergarten mini Convocation's Day.

Your mum and I are speechless when they announced you are among the best student.
No words could express our feeling and we pray for your success in many years to come.

We love you so very much

Kepala Khinzir Di Masjid : 4 Lelaki Dipenjara


4 lelaki telah dijatuhi hukuman penjara antara 7 hingga 14 bulan kerana mengaku bersalah melontar kepala khinzir ke perkarangan Masjid.

Monday, 17 November 2014

[Misteri] Sumpahan Jam Henry Graves

[Misteri] Sumpahan Jam Henry Graves
Sheikh Saud Mohammed Al-Thani

Sheikh Saud Mohammed Al-Thani merupakan bekas Menteri Kebudayaan dan Warisan Qatar. Billionair berusia 48 tahun ini merupakan seorang pengumpul barangan antik. Baginda merupakan pemilik kepada seutas jam yang dianggarkan berharga 15 juta Pound ( RM78,633,738.16).

[ISU] Tidak Ada Kerakyatan Percuma

[ISU] Tidak Ada Kerakyatan Percuma

Isu kerakyatan sememangnya sensitif dan bukan sewenang-wenangnya sesebuah kerajaan dapat memberikan taraf kerakyatan begitu sahaja. Saya pun pernah mengalami pengalaman sukar mendapatkan taraf warganegara untuk isteri saya.

Sunday, 16 November 2014

[PANAS] Artis Hollywood Yang Berbogel | 5 Foto

Kim Kardashian


Heboh dunia hiburan dengan foto panas Kim Kardashian yang menayangkan tubuhnya untuk majalah PAPER.

Kim memang sudah dikenali dengan pelbagai kontroversi tapi yang menjadi bualan ialah statusnya sebagai seorang ibu.

Saturday, 15 November 2014

[AJAIB] Bayi Senyum Sejak Dari Dalam Perut Ibu

[AJAIB] Bayi Senyum Sejak Dari Dalam Perut Ibu

Saya paling suka tengok bayi senyum sebab dunia mereka cukup indah. Senyuman mereka membuatkan ibu bapa jadi tenang dan tekanan pun hilang.

[PANAS] Tun Mahathir Serang Datuk Seri Najib




[PANAS] Tun Mahathir Serang Datuk Seri Najib

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir seringkali menjadi pengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib. Kritikan beliau bukanlah kritikan yang sembrono kerana kita semua sudah maklum dengan kredibiliti Tun.

Motivasi Majikan Yang Menghargai Pekerja [14 Foto]

Pekerja merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi. Majikan menawarkan pelbagai cara untuk memastikan pekerja mereka sentiasa bersemangat, kreatif dan produktif.

Friday, 14 November 2014

[Kesihatan] Cara Atasi Sembelit Bayi





[Kesihatan] Cara Atasi Sembelit Bayi



Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.

[Artis] Keith Foo Beli Kereta RM 0.5 Juta


[Artis] Keith Foo Beli Kereta RM 0.5 Juta

Artis-artis di Malaysia ni mula menunjukkan kekayaan mereka. Seorang demi seorang mula memiliki aset berupa kereta mewah hasil titik peluh mereka selama ini.

Bapa Tiri Kardashian Ingin Jadi Wanita


Setelah membuat beberapa pembedahan plastik, Bruce Jenner dikatakan kelihatan semakin feminin.

Thursday, 13 November 2014

[SPA] Peperiksaan Dalam Talian Berjaya


[SPA] Peperiksaan Dalam Talian Berjaya


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan sistem peperiksaan secara dalam talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diperkenalkan buat kali pertama pada 30 April lepas, disifatkan berjaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun memberitahu Dewan Rakyat ini terbukti dengan meningkatnya jumlah calon yang mengambil peperiksaan itu berbanding sistem peperiksaan konvensional yang dilaksanakan sebelum ini.


"Peratus calon yang mengambil peperiksaan di Semenanjung meningkat kepada 62 peratus berbanding 50 peratus pada edisi sebelum ini. Peningkatan juga dilapor di Sabah iaitu 68 peratus berbanding 54 peratus dan juga di Sarawak daripada 54 peratus kepada 66 peratus."

Keseluruhannya sistem peperiksaan online (dalam talian) telah memberi impak begitu positif dan terbukti kerana calon tidak lagi perlu hadir ke pusat peperiksaan atau mengambil cuti khas, sebaliknya boleh menjawab secara online selepas waktu kerja mereka," katanya pada sesi soal-jawab dewan hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu kesukaran calon luar bandar mengambil peperiksaan secara dalam talian.Entulu juga berkata, sistem pelayan yang digunakan telah ditambah baik selepas melalui ujian tekanan dalam usaha mengatasi masalah teknikal yang menyukarkan calon menduduki peperiksaan secara dalam talian.    

Selain itu, pasukan khas teknikal dan pasukan media juga telah dibentuk bagi menjawab panggilan-panggilan daripada calon yang menghadapi masalah ketika menduduki peperiksaan, katanya. - Bernama

[Foto] Glow In The Dark

Penari balet Atlanta Ballet Fellowship Ensemble mempamerkan tubuh badan mereka yang bersinar.   Tubuh badan mereka sebenarnya telah dicat oleh artis profesional menggunakan cat khas 3 dimensi.

[Foto] Glow In The Dark

[Foto] Glow In The Dark

[Foto] Glow In The Dark

[Foto] Glow In The Dark

[Foto] Glow In The Dark

[Foto] Glow In The Dark


Foto : Dailymail.co.uk

[PANAS] Kereta KP JPJ Cetus Viral


mynewshub.cc


Isu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin panas diperkatakan di merata media sosial. Nampak sangat ketidakpuasan timbul di kalangan rakyat Malaysia akibat pengumuman JPJ berkenaan peraturan baru seperti ops cermin gelap dan nombor plat.

Erra Fazira Sah Bercinta






Erra Fazira Sah Bercinta




KUALA LUMPUR:  Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu  masih lagi baharu.

[Seksi] Tiz Zakyah Kena Tegur



[Seksi] Tiz Zakyah Kena Tegur
Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

[SERAM] Bercakap Dengan Mayat


[SERAM] Bercakap Dengan Mayat


Kejadian ini berlaku di Perak. Seorang sahabat menceritakan bahawa selepas neneknya meninggal dunia, orang kampung mendakwa sering melihat jelmaan neneknya itu mundar-mandir di sekeliling rumah.

Arwah neneknya muncul tidak kira waktu, siang atau malam. Biasanya, duduk di serambi, membersihkan kawasan belakang rumah atau berdiri di simpang masuk ke rumah seperti yang biasa dilakukannya semasa hidup.

Kejadian ini memeningkan sahabat saya itu, kerana orang kampung menuduh neneknya membela hantu raya dan saka. Sedangkan, kata sahabat saya itu, neneknya semasa hidup tidak pernah dilihat melakukan perbuatan-perbuatan khurafat.

Rumah arwah neneknya kini terbiar usang, namun jelmaan itu diceritakan masih muncul sekali-sekala.

Kisah menarik ini pula diceritakan kepada saya oleh seorang penggali kubur di Kampung Juar, Seri Menanti, Negeri Sembilan, pada pertengahan 2003. Namanya Kulup bin Ismail.

Cerita Kulup, pada sekitar pukul 6.15 pagi penghujung 1999, ketika sedang berjalan kaki ke kebun getahnya, dia terserempak dengan seorang lelaki berkopiah, berbaju Melayu dan kain serba putih. Kulup tergamam kerana dia kenal sangat dengan lelaki itu.

“Pak Aji... nak ke mana pagi-pagi ni?” Kulup menegur lelaki berkenaan.

“Nak balik ke rumah,” jawab lelaki tersebut.

Mendengar jawapan lelaki itu, dada Kulup berdebar. Kulup bertanya lagi dan lelaki yang dipanggilnya Pak Aji itu memberitahu, dia datang dari tempat yang ‘jauh’ dan mahu balik ke rumahnya sekejap.

Jika di rumahnya nanti tidak ada orang, dia akan balik ke ‘tempatnya’ semula. Sambung lelaki itu, dia mahu berjumpa Kulup, kerana “orang lain tak berani melihat aku.”

Beberapa malam sebelum itu kata lelaki berkenaan, dia pergi ke sebuah rumah tidak jauh dari situ, tetapi sebaik-baik melihatnya, penghuni rumah tersebut menjerit, “Hantu! Hantu!” Dua hari kemudian orang itu berpindah rumah.

“Kau takut, Kulup?”

Kulup diam. Kata lelaki itu, jangan takut. Dia bukannya jin, hantu, syaitan atau iblis. Malah dia kecewa apabila orang kampung menuduhnya membela hantu.

“Aku tak buat kerja haram tu, Kulup!”

Kulup mengangguk. Dia tahu, semasa hidupnya, lelaki tersebut memang orang baik. Selepas lima minit berbual, lelaki itu meminta diri kerana sebentar lagi orang kampung akan keluar mencari rezeki. Tentu mereka akan lari lintang pukang apabila melihatnya.

“Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi,” kata lelaki berpakaian serba putih itu langsung menghulurkan tangannya.

Kulup sambut salam lelaki itu. Sejuk. Mereka berpisah, dan selepas beberapa langkah, Kulup menoleh ke belakang. Tetapi lelaki tersebut telah pun ghaib.

Cepat-cepat Kulup meneruskan langkahnya kerana lelaki berpakaian serba putih dan berbau harum yang baru ditemuinya itu sebenarnya baru meninggal dunia seminggu sebelumnya. Kulup sendiri yang menggali kuburnya. Malah, tadi mereka terserempak di tepi pagar kawasan perkuburan kampung tersebut!

Hantu, syaitan atau...?

Kisah pertama yang saya catatkan itu, sebenarnya sudah agak biasa berlaku di sekeliling kita. Malah pernah berlaku, seorang pemandu van jenazah yang terpaksa memandu dengan ditemani oleh jelmaan mayat yang sedang dibawanya itu! Bukan itu saja, jelmaan tersebut menunjukkan sendiri arah rumah yang perlu dituju oleh si pemandu van berkenaan!

Seorang pemandu van jenazah lain, menempuh pengalaman yang tidak kurang anehnya. Dalam perjalanan pulang daripada menghantar mayat seorang perempuan Cina, kenderaannya ditahan oleh seorang perempuan yang rupa parasnya sama dengan mayat yang dihantar tadi.

Malah pakaiannya juga sama. Pemandu itu kenal benar kerana dia telah diupah untuk menyolek dan memakaikan pakaian yang cantik kepada si mati (sila dapatkan buku Kisah Aneh & Iktibar Pemandu Van Jenazah 1 dan 2, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd.)

Apakah penjelasan bagi fenomena ini? Hantu? Saka? Syaitan? Jin? Dalam kajian paranormal, seperti yang pernah dinyatakan dalam ruangan ini dahulu, penjelmaan entiti ini dijelaskan dalam dua pendapat.

Pendapat pertama, ia merupakan penjelmaan tenaga emosi si mati, yang akhirnya terbentuk secara fizikal, hingga dapat dilihat oleh mata kasar.

Pendapat kedua, jelmaan itu adalah projeksi minda semata-mata. Maknanya, ia hanyalah ilusi dan terhasil kerana otak kita terlalu memikirkan tentang penjelmaan-penjelmaan seram, termasuk penjelmaan si mati itu.

Penjelmaan qarin

Di atas tadi adalah pandangan pengkaji paranormal Barat. Dalam Islam pula, ‘hantu’ ini berkemungkinan sekali ialah ‘Qarin’ iaitu perkataan Arab yang bermaksud rakan atau teman. Qarin ialah jin yang mengiringi kelahiran seseorang bayi, termasuk kita.

Kewujudan qarin adalah untuk mengganggu manusia, menampakkan perkara-perkara buruk dan jahat seolah-olah baik. Begitulah sebaliknya. Qarin sentiasa berada di samping kembarnya (sepanjang hayat) dan memujuk serta mengajak supaya melakukan kemungkaran.

Setiap kita mempunyai qarin, termasuklah Rasulullah SAW. Bagaimanapun baginda terlindung daripada gangguan qarin, kecuali yang mengajak kepada kebaikan.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, qarinnya terus hidup. Ini kerana umur jin/syaitan adalah panjang. Qarin inilah yang menjelma seperti mana jasad seseorang itu pada saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Oleh kerana itulah apabila seseorang itu meninggal dunia akibat kemalangan, qarin menjelma dalam keadaan sepertimana tubuh kembarnya cedera akibat kemalangan.

Malaysia-Instinct.net

Wednesday, 12 November 2014

Majlis Senat IPTA Hadkan Pengambilan Pelajar Perubatan

Majlis Senat IPTA Hadkan Pengambilan Pelajar Perubatan


KUALA LUMPUR: Pengurangan pengambilan pelajar perubatan baharu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diputuskan oleh senat institusi masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.

Jawatan Kosong Jabatan Hutan Negeri Sarawak

Jawatan Kosong Jabatan Hutan Negeri Sarawak




Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mencari peluang kerja di sektor awam.






NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN HUTAN NEGERI SARAWAK
 

Jabatan Hutan Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
BIL.JAWATANGREDBILANGAN KEKOSONGAN
1Pemelihara HutanG4116
2Pegawai Hidupan LiarG411
3JuruteraJ412
4JurugeospatialJ411
5Penolong Pemelihara HutanG2725
6Penolong Pegawai PerangkaanE271
Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.
Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHONPANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi  Jabatan Hutan Negeri Sarawak di talian 082-442180 atau 082-319102.
Tarikh tutup permohonan (replika data) : 25 November 2014






BacaDaftar e-recruitment