Monday, 6 October 2014

Tahukah anda


Tahukah anda


Assalamualaikum dan salam pertemuan, apabila berurusan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tempoh hari, teringin rasanya nak berkongsi pandangan tentang simpanan hari tua nanti. Timbul persoalan adakah mencukupi simpanan yang kita buat sekarang melalui KWSP?



Menurut laporan terkini KWSP, kira-kira 70 ribu pencarum berusia 54 tahun mempunyai purata simpanan di bawah RM167 000 sedangkan jumlah simpanan minimum yang dicadangkan ialah RM196 800.

Fakta yang lebih membimbangkan ialah 69 peratus (berumur 54 tahun) daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50 000 dalam akaun mereka. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Walaubagaimanapun, jumlah simpanan RM167 000 pun bukanlah angka yang selamat. Jika jangkaan jangka hayat pencarum sehingga 75 tahun, bersara pada umur 60 tahun, mereka akan menerima perbelanjaan kira-kira RM700 untuk seumur hidup mereka.

Ini juga meletakkan mereka berada di bawah paras garis kemiskinan iaitu RM830 sebulan bagi Semenanjung Malaysia. Namun begitu, sesetengah penganalisis berpendapat jumlah ini mencukupi sekiranya mereka tidak mempunyai hutang lain atau membayar kemudahan asas. Satu lagi perkara yang perlu difikirkan iaitu semakin tua seseorang, perbelanjaan menjadi semakin tinggi.

Maka, kita perlu mula membuat perancangan kewangan bermula dari sekarang. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. KWSP turut menyediakan saluran simpanan untuk yang bekerja sendiri iaitu Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Ini membolehkan mereka merancang simpanan hari tua mereka.

Banyak sebenarnya kaedah untuk kita kekal berduit di waktu tua kita. Mungkin lain kali, saya akan kongsikan kaedah-kaedah alternatif lain.


(sumber petikan dari Yahoo)

No comments: