Friday, 24 October 2014

Separuh akhir Piala Malaysia 2014- Kedah vs Pahang

Separuh akhir Piala Malaysia 2014- Kedah vs Pahang


Perlawanan timbal balik selepas keputusan Pahang 1 - 3 Kedah di Stadium Darul Aman. Memang nampak agak selesa untuk pasukan Kedah tapi mereka sekarang bertandang ke Darul Makmur.

Saya cukup seronok kalau corak permainan teratur. Pahang pasti lebih tenang berbanding Kedah yang cuba bertahan. Perlu diingat Pahang ada kelebihan gol di tempat lawan. Saya lihat gandingan Conti (Matias) dan Nwakaeme (Dickson) boleh menghalang niat Kedah ke final Piala Malaysia. Terbukti tepat!

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah barisan muda Kedah kurang konsisten.
Saya bukan penyokong mana-mana pasukan, tapi saya cukup kagum melihat corak serangan Conti-Azamuddin-Gopi-Nwakaeme memang hebat.

Separuh akhir Piala Malaysia 2014- Kedah vs Pahang
Gambar Ihsan Utusan.com.my


Conti menyumbang hatrik (min ke-3, 29,36) dan 2 gol lagi menerusi Gopinathan(min 25, 73). Jentera serangan Pahang bijak memanfaatkan keadaan kucar-kacir benteng Kedah. Griffith (Adam) sukar untuk mengekang serangan Nwakaeme.

Saya juga melihat Stewart mengetuai bahagian pertahanan Pahang agak kebal menghalang Baddrol dan Kyril Muhymin.
Keputusan penuh Pahang 5-0 Kedah. Maka, Pahang layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-3. Esok satu lagi slot final akan diisi oleh Johor D.T atau Felda United.

No comments: