Saturday, 25 October 2014

Separuh akhir Piala Malaysia 2014-Johor DT vs Felda United

Separuh akhir Piala Malaysia 2014-Johor DT vs Felda United

Felda United berkunjung ke Johor membawa kelebihan 1 gol daripada pertemuan pertama.


Selepas melihat situasi yang berlaku semalam di Stadium Darul Makmur, anda mungkin boleh mengagak saingan berlipat ganda pasukan Johor malam ini.

Kemenangan Pahang pasti membakar semangat pemain Johor. Felda pula yang menerima serangan psikologi untuk kuat mempertahankan kedudukan.

Johor mempunyai kelebihan gol di tempat lawan. Maka, sebarang keputusan seri pasti menggembirakan kem Johor. Paling  penting ialah JDT belum tewas lagi di Larkin.

Pemain tumpuan saya untuk JDT ialah Jorge Pereyra Diaz. Bagi Felda pula, saya pilih Edward Wilson Junior.

Nantikan keputusan penuh nanti. Saksikan siaran langsung di TV1 malam ini.

Update : Keputusan penuh Johor DT 3-1 Felda United. Johor DT ke perlawanan akhir dengan agregat 6-5 

No comments: