Friday, 24 October 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah!!!

Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah!!!


Assalamualaikum. Hari ini hari terakhir bulan Zulhijjah 1435 Hijriah. Petang ini masyarakat Islam akan membaca doa akhir tahun dan kemudiannya doa awal tahun. Sesungguhnya kedatangan Muharram 1436Hijriah akan membawa sejuta lembaran sejarah baru.

Sambutan Awal Muharram saban tahun di Malaysia memang disambut dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan Yassin, ceramah agama dan sebagainya. Aktiviti yang paling dinantikan ialah Tokoh Maal Hijrah 1436Hijriah. Tema sambutan tahun ini "  Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Bunyinya cukup hebat tapi untuk membentuk perpaduan itu yang memeningkan kepala pemimpin-pemimpin kita.


Rasanya tak payah nak berceloteh panjang sebab nak bersedia untuk doa akhir dan awam tahun ni. Saya berdoa esok 1 Muharram akan membawa lebih sinar permulaan kepada kecemerlangan kita semua pada tahun yang akan datang. Sekali lagi saya ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1436 kepada anda. Jumpa di post baru di tahun baru. InsyaAllah

Panduan doa awal/akhir tahun, klik sini


No comments: