Tuesday, 14 October 2014

Saya buat blog untuk suka-suka?

saya buat blog untuk suka-suka?

Assalamualaikum dan salam pertemuan. Dah sebulan lebih sejak saya mula aktifkan blog saya yang serba sederhana ini. Dalam hati masih tertanya-tanya kenapa boleh terlibat dalam dunia blogging ini. Mungkin sebab yang paling jelas ialah dorongan untuk mengasah kembali kemahiran bercerita yang telah lama ditinggalkan.

Ada matlamat

Setiap perkara yang kita buat mesti ada matlamat dan halatuju yang jelas. Ada blogger buat blog untuk berkongsi maklumat, hobi, fesyen dan sebagainya. Motif blogging pula mungkin untuk kumpul follower, cari sahabat baru atau menjana pendapatan. Segala-galanya terpulang kepada anda.
Tak kisahlah apa sebab anda dan saya terlibat dalam bidang ini asalkan apa yang kita buat tidak menyalahi undang-undang manusia dan undang-undang Allah swt. Justeru, kita perlu bertanggungjawab di atas aktiviti blog kita melibatkan entri yang kita siarkan dan komen yang kita buat.

Blog sambil dapat duit

Memang betul buat blog boleh menjana pendapatan dan banyak bukti yang disiarkan. Banyak kaedah untuk menjana pendapatan melalui blog. Contohnya klik jana duit dengan advertorial. Namun begitu, ia bergantung kepada kesungguhan anda untuk merealisasikannya. Blogger-blogger hebat seperti denaihati , Fatin Liyana , hasrul hassan dan ben ashaari boleh dijadikan motivasi untuk menjadi hebat seperti mereka.


Saya buat blog untuk suka-suka?
Sekian untuk hari ini, saya berharap anda pun akan memasang impian seperti saya untuk menjadi blogger hebat dan berprinsip suatu hari nanti. Bukan cuma untuk suka-suka dan tidak mendapat apa-apa.





No comments: