Tuesday, 21 October 2014

Sakitnya migrain?

Sakitnya migrain?


Migrain merupakan merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik. Biasanya pesakit tidal berupaya menjalani aktiviti harian seperti biasa. Ada yang tidak lalu makan, minum dan hanya terbaring akibat sakit kepala yang teruk.

Kajian menunjukkan golongan wanita lebih kerap menghidap migrain terutamanya ketika haid.

Antara tanda-tanda migrain ialah rasa sakit yang amat sangat dan hanya berdenyut pada satu bahagian kepala sehingga merebak ke hidung dan mata.

Mereka juga sensitif kepada bunyi,persekitaran yang bergerak-gerak seperti menaiki bot, badan berpeluh dan kulit dibahagian mata dan dahi kemerahan.

TIPS ELAK MIGRAIN

  1. Sentiasa cuba kawal tekanan dan emosi anda
  2. Elakkan berada di persekitaran yang berbau, bunyi bising, dan asap rokok kerana boleh mengganggu emisi.
  3. Jangan biarkan perut anda kosong.
  4. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup. Tidur yang lebih tersusun amat diperlukan.
  5. Cuba elak makan makanan mengandungi Thyramine seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu.
  6. Elak makan makanan yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) serta bbahan mengandungi pengawet.
  7. Jauhi minuman yang mengandungi kafien seperti kopi dan alkohol.

-BeritaHarian

Sakitnya migrain?


No comments: