Sunday, 5 October 2014

Masakan mak

Salam Aidiladha dan hujung minggu buat semua,





         
Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha, teringin rasanya saya nak kongsikan betapa
'best'nya makan masakan mak. Petang raya semalam Mak dah sediakan kari ayam dan nasi pulut 'kelupis'.
Kari ayam special mak

Cerita pasal ayam masak kari, belum ada yang masak kari style mak. Rasa kari ayam mak memang unik. Ramuan istimewa yang digunakan boleh membuatkan chef terkenal terasa nak belajar. Tapi saya nak mohon maaf dulu, resepi mak not for share. Sang Isteri nak belajar pun kena duduk seharian di dapur perhati bahan yang mak bubuh dalam masakan. Mak tak akan cakap bahan-bahan yang digunakan. Kalau tanya pun mak cakap kalau nak belajar mesti ikut dia masak. Alhamdulillah, isteri saya perlahan-lahan belajar masakan mak.

kelupis
Kelupis

Inilah nasi ' kelupis ' atau nasi pulut. Selain ketupat dan lemang, kelupis juga satu hidangan wajib disediakan oleh Mak. Lagipun, penyediaannya lebih mudah berbanding lemang dan ketupat. Boleh dimakan bersama kari ayam,rendang mahupun kuah satay(kuah kacang).


Itulah dua hidangan hasil air tangan Mak sempena Aidiladha kali ini. Kita kena menghargai masakan orang tua kita semasa mereka masih bersama kita. Bila mereka dah tak ada mesti kita akan merinduinya.
Terima kasih mak untuk setiap juadah yang mak masak. Jom...minta ibu anda masak makanan kegemaran anda.


SaLam Aidiladha dan menunaikan ibadah korban.

No comments: