Friday, 3 October 2014

Lengkap sudah 6 beranak - Mh17 Suatu Tragedi

Salam Jumaat dan salam pertemuan,

Lengkap sudah 6 beranak - Mh17 Suatu Tragedi


Hari ini ketika jemaah haji bersedia untuk mengerjakan ibadah wukuf di Padang Arafah, anggota terakhir dari 6 beranak Tambi Jiee akan tiba di tanahair.

Muhammad Afruz Tambi,13 merupakan anak bongsu kepada pasangan Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee yang turut terkorban dalam nahas pesawat MH17 di Ukraine.


Ketibaan jenazah Muhammad Afruz melengkapkan kepulangan 6 sekeluarga itu ke Sarawak walaupun secara berperingkat. Jenazah ibunya Ariza Ghazalee dan abangnya Muhammad Afif tiba pada 22 Ogos, diikuti bapanya Tambi Jiee pada 9 September. Manakala jenazah Muhammad Afzal dan Marsha Azmeena tiba pada  19 September.

Jenazah Allahyarham Muhammad Afruz adalah antara lima jenazah yang dibawa pulang hari ini iaitu Meling Mula, Mathew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen.

Seterusnya, jenazah Muhammad Afruz dan Meling Mula masing-masing diterbangkan ke Kuching dan Bintulu untuk upacara pengebumian.

Alfatihah untuk Muhammmad Afruz sekeluarga. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin




No comments: