Saturday, 18 October 2014

Kesian Farish

Kesian Farish

Masuk 3 malam dah Farish tak nyenyak tidur kerana demam. Tidur pun seksi tak pakai baju sebab panas. Mata saya pun kejap buka sekejap tutup. Letihlah sangat tapi dah tanggungjawab sebagai ibubapa kenalah bertolak ansur.


Kesian juga dengan cik puan isteri yang sedikitpun tak pernah merungut. Tidur duduk. Farish ni tak susah nak jaga cuma biasalah anak lelaki memang aktif.

Masa nak tidurkan si Farish, saya suka nyanyi lagu 'pelangi - pelangi' dan 'marilah mengaji'. Lagu tu jugalah yang diminati Fatma dan Aisyah(anak no 1 dan no 2) semasa bayi. Senang lagu tu, anda pun boleh nyanyi untuk anak anda. Mesti diorang suka.

Bulan depan dah masuk setahun dah anak ayah..ni. Mula berjalan nanti bermulalah episod kejar mengejar.

p.s Kalau ada tips untuk kurangkan demam baby...sudi-sudilah tinggalkan kat komen









No comments: